Tuesday, September 18, 2012

PENGANUGERAHAN SM/SSM 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa khabar semua..??? Sorry la, dh seminggu Zura tak update blog nie sbb Zura kena outstation ke Alor Setar, Kedah. Seminggu tau Zura kena ke sana, tue sbb xdpt update blog. Huhuhuuu... Rasenya belum terlambat Zura nk share berkenaan dgn Majlis Penganugerahan SM/SSM walaupun dh brlalu seminggu yg lepas iaitu pd 08 September 2012 bertempat di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Biarpun dh seminggu brlalu tp auranya masih terasa dgn lautan merah & hitam. Zura sgt2 teruja tau. Walaupun Zura tak naik stage pada hari tersebut tp Zura dgn Team yg lain sama2 meraikan rakan2 yg menerima anugerah. Terasa aura nye tau... Seramai lbh kurang 400 org menerima anugerah SSM dan 700 org menerima anugerah SM. Woww, ramai tau... Dari jumlah tersebut, seramai 30 org adalah DOKTOR!!!! Zura tak tau lagi nk citer cam ner kemeriahannya. So, uolss layan gambar2 di bawah nie. Pasti uolss teruja...!!!

my MENTOR

my TEAM
"Giving Zura some aura," kak Ida says ^.~
me & kak Ida
"We always get the best treatment," kak Ida says again :)
CDM Salha Zain & SSM Ida Amira
Blowing kisses
GORGEOUS
GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA

So, cam ne...??? Teruja tak uolss... Kalau uolss nk lebih teruja lagi, boleh melawat link yg Zura listkn nie okay... CDM Salha Zain  CDM Hanis Haizi  SM Azida Halidin . Zura akan buat uolss lebih teruja bila tiba masa & ketikanya dimana Zura yg akan naik stage tue, January next year. Tunggu tau...
Apa tunggu lagi... Join kami tuk sama2 berjaya & merubah masa depan agar lebih gemilang...


NORAZURA ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com

Friday, September 7, 2012

KEBAIKAN FIR DALAM PB UNTUK WANITA SELEPAS BERSALIN

• Mengeluarkan angin dalam badan
• Mengecutkan dan memperkemaskan semula rahim yg mengembang semasa mengandung
• Menarik dan merapatkan semula tulang pinggul yg mengembang semasa proses
bersalin
• Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi.
• Mengeluarkan darah nifas yang beku dan berketul2 dengan lancar.
• Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim.
• Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh.
• Menyihatkan rahim dan memberi persediaan utk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron).
• Menghilangkan stretch-mark (tanda2 hitam) akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung.
• Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 sepert param, tapel dan pilis.
• Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu).
• Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu.
• Merawat luka2 di dalam rahim maupun di luar.
• Menaikkan metabolisma badan membantu mengurangkan berat badan dgn cepat.
• Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yg menarik.

so anda semua boleh jadi hot mama!!! :)



NORAZURA ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com 

SEBAB UTAMA YANG MERUBAH BENTUK BADAN


KEGEMUKAN
Tabiat makan yang berlebihan, makan pada lewat malam, kuantiti makanan yang tidak tetap, jadual makan yang tidak tetap dan sindrom suri rumahtangga memakan makanan yang tidak berhabis.

DAYA GRAVITI
Disebabkan payu dara dan lengan tidak disokong oleh rangka tulang, ia cenderong melentok pada sudut 20 darjah setiap persepuluh tahun (bergantung kepada gaya hidup seseorang. Wanita akan tampak tua dari usia sebenar jika punyai payudara yang jatuh dan lembik.

KETIDAKSESUAIAN DALAM PILIHAN ATAU PEMAKAIAN PAKAIAN DALAM
Memakai 'baju dalam' bersaiz kurang tepat dan cara pemakaian yg salah: Terlalu longgar, ketat, kurang anjal & elastik, bentuk tidak sesuai dan cara pakai yang salah boleh menjadi sebab pembentukan lemak, flabby.

TABIAT BERDIRI DAN CARA DUDUK YANG TIDAK BETUL DARI SEGI POSTUR
Ketidakselarian tulang belakang sedikit sebanyak akan mengakibatkan sakit pinggang dan belakang, juga kesan membongkok tanpa sedar.

KESAN MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK
Kesan mengandung dan melahirkan: Lapisan lemak terbentuk dengan cepat kerana perubahan hormon, rahim mengembang memberi kesan ketara kepada perut yang buncit & menggelembir. Payudara juga jatuh dan lembik dari kesan penyusuan yang kurang tepat.


SELESAIKAN PERMASALAHAN ANDA INI DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL
MEMANG SANGAT2 BERKESAN...!!!!!!!!!!!!


NORAZURA BINTI ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com

Thursday, September 6, 2012

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100



Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:


Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan. So, kita janganlah bermegah-megah dgn apa yg kita ada kerana hidup umpama roda, kadang2 kita berada diatas dan suatu hari nanti mungkin kita akan berada dibawah pula.

11 FAKTA MENARIK YANG KORANG PERLU TAHU

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama
tiga bulan.

9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca fakta ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.............CAYALAH!!!!!!!
 
#saje nk gurau petang2 macam nie...hope terhibur...  ^.~


APPLE SHAPE BODY


 Apple Shape Body?

Bahagian tubuh yang besar di bahagian bawah sering membuat pemiliknya susah mencari baju. Tapi jangan takut, Premium Beautiful dapat menyembunyikan perut dan paha besar.

Juga memberikan tampilan payudara yang sepadan dengan badan, jadi makin sempurna. Apabila anda mengenakan set Premium Beautiful, tiada masalah jika mengenakan fesyen Jubah panjang/'dress', juga memungkinkan keterampilan anda lebih menarik.

Corset ini membentuk di pinggang akan membuat tubuh lebih ramping.


NORAZURA ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com

Wednesday, September 5, 2012

SATU MALAYSIA SATU BAHTERA


Satu Malaysia Satu Bahtera... First dgr lagu nie mmg dh jatuh cinta gitewww. Best sgt2. Jom sama2 menghayati lagu untuk 55 tahun merdeka nie. Semoga kita semua menghayati setiap bait2 lirik lagu nie. ^_^


Composed by Megat Ahmad Fazly.
Arrangement by Megat Ahmad Aizzat. 

Lirik: Satu Malaysia Satu Bahtera

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

CHORUS

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan 
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!