Sebulan ada 30 hari dan Rasululullah membahagikan Ramadhan itu kepada 3
fasa. Seperti yang sedia maklum, ramai yang tahu 3 fasa yang di sebut oleh
baginda S.A.W. 3 fasa tersebut ialah :
- Fasa Pertama - Rahmat Allah.
- Fasa Kedua - Keampunan Allah.
- Fasa Ketiga - Bebas daripada Api Neraka Allah.
KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA RAMADHAN
Pada 10
hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada
Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat
limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama
berpuasa.
KEUTAMAAN 10 HARI PERTENGAHAN RAMADHAN
Fasa
kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan. Inilah saat
yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan
memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita
diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.
KEUTAMAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
10 hari
terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh
dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunnya Lailatul
Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam
lailatulqadar. Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup
rapat.
" Jangan Jadikan Penat Dan Kesibukan Duniawi Sebagai Alasan Untuk Mengejar Ganjaran Allah Taala, Allah Sayang Pada HambaNya Yang Berjaya Melawan Hawa Nafsu "
-rebut bonus/ganjaran yang dijanjikan Allah-
No comments:
Post a Comment