Korang pernah dgr tak nama Yusuf Taiyoob..?? Confrm pernah kann.. Sape yg tak tau tue, Zura pejam kann mata jer lahh.. Sape2 yg peminat kurma terutamanyee masa bulan Ramadhan, mesti tercari2 kurma nie tuk santapan berbuka kann.. Cam Zura sendiri punn cam tue jugak, tak sah kalu tak der.. Heheee..
antara kurma dr Yusuf Taiyoob |
kurma Safia yg akan Zura beli tiap kali bulan Ramadhan ^.~ |
Zura nk share susah senang Datuk Yusuf Taiyoob dlm menaikan jenama beliau sehingga sekarang.. Jom kita ikuti pengalaman orang yang berjaya..
KISAH SUSAH DAN SENANG YUSUF TAIYOOB
(Saudagar Kurma)
Pernah hadapi cabaran apabila produk
dicampak tanpa dinilai terlebih dahulu pemborong.
SEMANGAT
kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi
generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita
meneroka bidang perniagaan.
Datuk Yusuf Taiyoob, pemilik
syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah
muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana
berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak
wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas jatuh merudum
walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.
Ketika
itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat
menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam
dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke
hospital dalam keadaan separuh sedar.
"Orang tua saya
fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik
cepat mendapat rawatan.
"Doktor kata, kalau saya ini
orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya
mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu
pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau
Pinang.
Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata,
kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada
sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga
rapat.
Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum
mencapai tahap sekarang.
Katanya, beliau pernah dihalau dan
produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu.
"Saya
bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang
saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu
menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya.
Namun,
cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya,
malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan
kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk
membuka perniagaan baru di lokasi lain.
"Saya bernasib
baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini biasa
terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada
peluang, untuk tukar haluan.
"Selepas keluar hospital
dan berehat seketika, saya bertekad memulakan perniagaan lain dengan
mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan,”
katanya.
Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila
perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi
pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan
serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan
Thailand.
Kini, anak sulung daripada empat beradik itu
mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar
negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya.
Bilangan
pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang
dan Kuala Lumpur.
Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan
syarikatnya, berkata kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma
seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan
Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram.
Kurma
itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia,
Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
"Saya pilih
buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan
kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk
mendapatkannya," katanya.
Syarikatnya juga mengimport
pelbagai makanan kering seperti rempah ratus untuk masakan dan bahan
membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk Amerika
Syarikat.
Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di
beberapa negara Asia Tenggara, memaksa syarikat yang kian berkembang
untuk memiliki kilang sendiri bagi menempatkan stok dan membungkus
produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.
Kilang yang dibina di
kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak, Seberang Prai
Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos RM20
juta.
"Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di
kalangan masyarakat negara ini dan luar negara pada masa
depan.
"Saya juga berharap perniagaan saya ini
berkembang maju bagi membolehkan saya membantu masyarakat yang
memerlukan," katanya.
Bapa kepada tiga anak yang berusia
satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki yang diperoleh itu sentiasa
dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik pada sepanjang
masa.
"Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun
saya tidak suka memberi kepada sebarangan orang yang meminta.
"Saya
akan pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit
yang diperoleh bukan jatuh terus dari langit,"
katanya.
Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam,
termasuk hari cuti tidak menghalang daripada menjalankan kerja
kemasyarakatan.
Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan
jawatan walaupun sering ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli
lembaga pengarah pertubuhan di Pulau Pinang.
"Biarlah
saya tumpukan kepada perniagaan dan hasilnya saya kongsi kepada
golongan yang memerlukan," katanya.
Yusuf juga jarang
bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.
"Saya
habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar,"
katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu
golongan kurang bernasib baik.
"Itu sudah menjadi
kewajipan kita dan saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk mencapai
hingga tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah
termasuk yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru
ini.
Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih
PENGELUAR
dan pembekal kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd,
menjangkakan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada
kira-kira RM60 juta setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit
Minyak, Seberang Prai Tengah, siap Mac tahun depan.
Pengerusinya,
Datuk Yusuf Taiyoob, 47, berkata kilang baru serba canggih di tapak
seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu membolehkan
syarikat menghasilkan keluaran yang lebih tinggi pada bila-bila masa
menggunakan teknologi moden.
Secara tidak langsung, katanya,
ia juga dapat mengurangkan kos operasi syarikat yang selama ini
terpaksa menyewa gudang bagi menempatkan stok dan bekalan dalam
kuantiti besar.
"Kilang ini mampu menempatkan 700
kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa, yang diimport
dan diproses semula dengan jenama Yu Ta singkatan nama Yusuf
Taiyoob.
"Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat
pengeluaran dan pembekalan bahan makanan basah dan kering terbesar
di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan
negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura,"
katanya.
Yusuf berkata, apabila siap kelak, kilang itu mampu
menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 50 penduduk
setempat.
"Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga
membeli sebuah bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh
Bishop, Georgetown untuk pelaburan masa depan,"
katanya.
Mengenai persiapan syarikat memenuhi permintaan
bekalan kurma dan produk makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri
ini, Yusuf berkata, sebanyak 3,000 tan metrik pelbagai jenis kurma
diimport untuk pasaran negara ini.
Ia tidak termasuk produk
makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti
rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport dan
diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh
negara.
"Jualan setiap tahun memberangsangkan kerana
pelanggan kami mengetahui kualiti produk kami yang bermutu dan
dijual pada harga berpatutan," katanya.
Walaupun sibuk
menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk
memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita
kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu
mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan
beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.
PROFIL
NAMA : Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN : Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn
Bhd
ASAL : Georgetown, Pulau Pinang
ISTERI : Datin Yusnita Ramli
ANAK : Waseem, Safiya dan Safina
ADIK-BERADIK : Anak sulung daripada empat beradik
JENIS
PERNIAGAAN : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
p/s: Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau...hehehehe
Okay, kagum kann dgn usaha Datuk Yusuf Taiyoob yg tak pernah kenal erti putus asa kann.. InsyaAllah, setiap usaha akan membuahkann hasil yg memberangsangkann..
So, sekarang Zura nk share pulak kejayaan leader Zura.. Zura dh pernah share sebelum nie melalui entry Berubahlah Sekarang, Jangan Tunggu Esok..
You will never know ‘When is the right time for you?’
Agree??
Ingat dulu-dulu 3 tahun yg lepas mase Salha baru-baru start business ni…After dah dengar peluang biz ni dari my mentor, Hanis..Salha memang tak sabar sangat nk start…
TAPI…mengenangkan yang Salha ni surirumah..memang takde modal…dalam account bank Salha ade balance RM14.60…itulah hasil bekerja selama hampir 6 tahun tapi tak pernah dapat saving..sebab macamana nk saving…income sebulan kalau bahagi 30 hari memang just cukup-cukup je..orang panggil income makan gaji ni mmg cukup untuk hari-hari..bukan income untuk saving..so modal mmg takde…masetu pulak..ingat nk pinjam husband tapi die tak kasi Salha buat biz ni..hmm….camane nk start nih???
Selain tu, macam2 halangan lain lagi before salha nk start biz ni…
Anak kedua Salha Irfan baru usia 2 bulan…tengah menyusu lagi..amin pulak baru 1thn setengah…masetu mmg takde bibik..nk ambik bibik pun tak mampu..and taktau nursery mane nk hanta my kids..sebab i tanye2 nursery memang mahal and yelah bile kite dah lame jadi surirumah and jage anak kite sendiri, mmg rase kalau boleh tanak orang lain jage anak kita…hati risau sgt..
Lagi satu, kereta cuma ade satu je…itulah our family car…dulu ade 2 kelisa tapi terpaksa jual satu untuk nk jimat kos..salha fikir camanela aku nk gerak kalau satu kereta ni…husband nk pakai kereta gi kerja..then aku nk buat biz…so howwww?..
Macam2 yang bergelumang dalam fikiran Salha..sampai Salha buntu…i almost give up..tanye pendapat kawan2 salha and a few family members, semuanya tak kasi salha start dulu…”belum lagi..”..”ko tunggulah dulu..” “alah biz ni aku dengar (macam2 bende negative keluar)”..
Bile Hanis tanye, Salha jawab maybe Salha tak dapat nk start lagi coz salha mmg takde modal and keadaan tak mengizinkan…i fikir maybe its not the right time for me..i jawab kat hanis..”nntilah, bile i dah ready i bagitau’..
After that Salha fikir balik…agak2 bila aku ready?? nnti kalau aku lambat, semangat aku pun dah hilang..hanis camane pun akan tetap kedepan and aku pulak kat mane?…takkan asyik duduk and bace blog hanis je…dari aku asyik bace je baik aku follow die..sampai bile aku nk jadi surirumah..sampai bila aku takde saving..anak2 aku makin lame makin besar..nursery, sekolah semua mahal..nk belanje pun cukup2 makan…apa persediaan aku untuk hari tua nnti…bile badan dah tak larat nk bekerja?
Aku takde financial back up langsung…kalaula terjadi ape2 kt suami aku..sakit pening, ajal maut kite tak tau…ish..ape agaknya yang aku ade? mak ayah aku dah nk pencen..siape nk jage diorang nnti..Ya Allah…kuatkanlah hatiku ni Ya Allah…
From that moment..Salha tanamkan sifat degil…Kalau kite nk berjaya memang kene ade sifat degil ni…Salha terus mintak husband buatkan loan untuk dapatkan modal even mase tu husband still tak kasi..salha tak peduli…sebab yang nk buat bisnes salha..bukan husband salha..so salha ckp..”u tak payah risau, i will make sure takkan sentuh duit gaji u untuk bayar loan u ni” even mastu kepala nk pecah fikir..yeke aku ckp nih…aaaahhh…tak pedulila…buat jee.. and even macam2 obstacle nk dapatkan modal untuk salha start…tapi salha keraskan hati salha untuk buat jugak…kalau tak sekarang then bile lagi…??kannn??
After macam-macam cabaran, perit getir nk mendapatkan modal..Alhamdulillah…akhirnya salha berjaya kumpul modal and terus tak tunggu lagi untuk mula bisnes ni..
I always believe that, “Journey of a thousand miles begin with the first step….”
So inilah langkah pertamaku..
Let’s make a CHANGE!!!
If we want to make a change in our life…we must go through a transition period dimana kat situ macam2 cabaran yang kite dapat sebelum nk mula…hati tak tenang, jantung berdebar-debar, semangat hanya kt hujung tanduk je…sentiasa 50-50..nk ke tanak..semua akan lalui bende yang same..and macam2 anasir yang manghasut supaya kite tak berubah…dr orang yang terdekat dgn kite sampaila yang ke jauh…syaitan iblis pun turut menyumbang jugak..manekan tidak, bila ade umat Islam nk memajukan diri mereka and nk bantu umat Islam yang lain…perkara tula paling dibenci Iblis..tapi kalau kita yang keraskan hati and dapat go thru segala cabaran dan bisikan, itulah petanda die nk berjaya..
Ade jugak bile dapat je cabaran camni, terus lemah and they just give up..orang camni memang sampai bile2 pun camnila..same je..tanak berubah…Ade yang lagi best… bile dapat cabaran, die kate maybe itu petunjuk dari Allah untuk jangan buat bisnes ni…what???
Cube tanye semua orang berjaya kt dunia ni…contohnya Donald Trump??
Agak2 beliau takde masalah ke?
Agak2 beliau langsung takde cabaran ke?
Beliau terus jadi billionaire ke?
So kesimpulannya kt sini… Semuanya bermula dari kite… Kalau kite tak mula sekarang, bile lagi??? Kite takkan tau when is the right time for us.. Kalau kite tunggu je…mungkin mase tu cabaran dan halangan lain pulak yg datang…
Rezeki yang Allah datangkan kt kite, ialah tanpa kite sangka..tanpe kite bersedia..Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui bile mase yg terbaik untuk kite…TAPI bile rezeki dah datang kt kite and kite tolak, seperti kite dah tolak rezeki Allah..
Bile Salha dah 3 tahun dalam bisnes ni…Macam-macam perubahan yang berlaku kt salha…group salha makin lame makin besar..Salha rase bersyukur sgt coz Salha degilkan and keraskan hati salha mase salha mula-mula nk start biz ni…just dlm 3 tahun je my life change 360′…Alhamdulillah syukurr…
And now, i just want to move forward..i want to go through more beautiful experiences after this.. I believe, there are more to come…
Alhamdulillah..syukur Ya Allah atas segala-galanya…sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang…
Time and Tide Wait for No Man.
Sedetik kita bertangguh, Seminggu masa berlalu.
Salha Menanti Anda Semua di Puncak Kejayaan!
Mulakan Langkah Anda dari Sekarang!
Sedetik kita bertangguh, Seminggu masa berlalu.
Salha Menanti Anda Semua di Puncak Kejayaan!
Mulakan Langkah Anda dari Sekarang!
XOXO
CDM Salha Zain
CDM Salha Zain
Korang dh baca kann kejayaan dua insan yg sangat terkenal & hebat.. So, apa lagi.. Rebutlah peluang yg terbuka luas di depan korang.. Bila kita tgk org lain berjaya kita mesti akan
cakap, "wahhh, aku nak berjaya mcm dia jugak.." TAPI bila peluang dh ada
dpn mata sering kali kita mensia2knnya.. Lorhh, mcm mana nak berjaya kalu sikap kita tue tak berubah.. Come on, org lain semua dh ke depan.. Jom, same2
kita mara menjadi org yg LUAR BIASA..
Justin Bieber - Never Say Never
See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.
And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It's my destiny.
I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.
I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I'm strong enough to climb the highest tower.
And I'm fast enough to run across the sea.
And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.
I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.
Here we go!
Guess who?
JSmith and Jb!
I gotcha lil bro.
I can handle him.
Hold up, aight?
I can handle him.
Now he's bigger than me,
Taller than me.
And he's older than me,
And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain't on a JB song with me!
I be trying a chill
They be trying to side with the thrill.
No pun intended, was raised by the power of Will.
Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.
I gotta be the best, and yes
We're the flyest.
Like David and Goliath,
I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon's where I land.
I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.
I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
NORAZURA ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com