Wednesday, October 10, 2012

CARA PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL


Cara Pemakaian yang betul sebenarnya sangat penting untuk menampakkan hasil pemakaian Premium Beautiful yang optimum.. Dalam pemakaian Premium Beautiful nie sebenarnya apa yang dipentingkan adalah KESELESAAN.. Kalau tak selesa macamana kita nak nak buat kerja seharian dengan selesa..??? Betol tak? Jom kita check sama ada betul atau tak cara kita pakai..

Cara Pemakaian Seluar Dalam (Long Girdle)


1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa.
NOTA :
Untuk memudahkan pemakaian, buka sedikit peha ala kekuda. Kemudian "wiggle" atau joget sedikit, sambil tarik girdle ke atas.
Untuk pemakaian kali pertama, memang agak ketat. Ini kerana ukuran yang diambil sepadan (ngam ngam) pada badan kita. Tetapi, dengan pemakaian yang kerap, anda akan lebih mudah memakai Long Girdle ini.

Cara Pemakaian Coli Panjang (Long Bra)


1)  Bongkokkan badan ke depan dan masukkan payudara supaya memenuhi cup bra.
     Sarungkan bra ke badan dan guna tangan untuk menarik dari atas lemak-lemak payudara yang  
     sudah jatuh ke bawah.
2)  Tegakkan tubuh dan kancing semua cangkuk bra di belakang. Tundukkan badan kehadapan
     sedikit, (ambil posisi rukuk kerana lemak-lemak akan turun kebawah ketiak dan mudah ditarik)
3)  Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan
      ke dalam cawan bra). Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
4)  Betulkan kedudukan bra
NOTA :
Jika tidak sampai untuk mencangkuk bra, Zura ada solusinya.
Berkemban dahulu dengan kain batik, kemudian cangkuk bra dari bahagian hadapan. Selesai, pusing bra ke kedudukan yang sepatutnya. Kemudian, tarik keluar kain batik dari bahagian bawah bra. Sambung langkah 3 dan langkah 5.
Long Bra akan melekap pada badan, jadi agak sukar untuk memusingkan Long Bra ke kedudukan yang sepatutnya tanpa bantuan kain batik.

Cara Pemakaian Bengkung (Waist Nipper)

1) Letak Waist Nipper pada bahagian pinggang dan lekatkan kesemua cangkuk(position cangkuk memang di tepi badan).
2) Betulkan kedudukannya dengan memestikan permata (butterfly) selaras dengan kedudukan permata pada long bra.
3) Tarik tali pelaras
4) Silangkan tali di belakang, tahan nafas dan tarik tali (membawa kesan pinggang meramping
    sedikit) dan bawa cangkuk kehadapan.
5) Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.
NOTA :
Jika tali tidak sampai memadai dengan ikat reben tali tersebut dibelakang. Jika tali terjuntai dihadapan walaupun cangkuk pada butang terakhir plastic, sila pendekkan tali dengan cara mengikat reben dibahagian tali yang mempunyai manik.

Masa mula-mula pakai terutamanya untuk yang pertama kali memang kita rasa macam susah atau leceh.. Mcm Zura mula-mua pakai, mmg rasa leceh jer tapi alah biasa tegal biasa.. Apa yang penting adalah disiplin dan istiqamah...!!!

NORAZURA ZAIDIN
017-9649358
azuerazue87@gmail.com

No comments:

Post a Comment